Tuesday 23 September 2014

Sukan : Juara bertahan, rumah biru mempunyai formula tersendiri.

Jurulatih rumah biru bergambar selepas latihan bersama rumah merah 
SK Senaling 23 Sept, Pasukan rumah biru iaitu juara bertahan kejohanan sukan dan balapan SK Senaling giat menjalankan latihan bersama rumah merah di padang SK Senaling hari ini.

Jurulatih rumah Biru, Ustazah Norazizah Moin optimis dan yakin bahawa rumah biru akan sekali lagi merangkul kejuaraan sukan dan balapan pada tahun ini. Beliau memberitahu kami bahawa rumah Biru mempunyai formula rahsia untuk terus menjadi juara untuk 2 tahun berturut-turut.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua guru dan diharapkan murid - murid dari rumah lain (merah, kuning dan hijau) akan memberikan saingan sengit kepada rumah biru dan secara tidak langsung akan memeriahkan lagi kejohana ini.

No comments:

Post a Comment