Tuesday 1 December 2015

Khalida tokoh murid 2015

Khalida (dua dari kanan) bergambar bersama ibu, ayah dan juga adik.
Kuala Pilah, 17 Nov. Nur Khalida Bt Zamani dinobatkan sebagai tokoh murid SK Senaling tahun 2015. Beliau dipilih berdasarkan penglibatan aktif beliau dalam sukan dan akademik. Beliau juga adalah salah seorang murid SKS yang berjaya mendapat keputusan cemerlang 5A dalam UPSR. Tahniah!

Tuesday 24 November 2015

10 orang dapat 5A!

Antara barisan tenaga pengajar dan murid yang mendapat 5A tahun 2015.
Kuala Pilah, 17 Nov, Seramai 10 orang murid tahun enam SK Senaling berjaya mendapat keputusan membanggakan dalam peperiksaan UPSR tahun 2015. Keputusan ini menaikkan graf UPSR sebanyak 100% dimana hanya 5 orang yang mendapat 5A pada tahun 2014.

SK Senaling mendapat kedudukan kedua untuk bilangan murid mendapat 5A dimana SK Kuala Pilah dikedudukan pertama dengan seramai 13 orang mendapat keputusan 5A. Tahniah!

Saturday 1 August 2015

Jamuan Hari Raya SK Senaling 2015

Guru Besar SK Senaling, Puan Tinah Binti Haji Aziz berucap pada majlis
jamuan raya SK Senaling 2015

Senaling, 31 Julai. Kelab Kebajikan Guru dan Kakitangan SK Senaling mengadakan jamuan hari raya peringkat sekolah dimana turut dihadiri oleh wakil pegawai dari PPD Kuala Pilah, En. Roslan. Majlis berjalan dengan lancar walaupun hujan renyai membasahi bumi Senaling pada malam itu.

Tahniah diucapkan kepada Cikgu Faizal Zakri selaku Pengerusi Kelab Kebajikan Guru dan Kakitangan SK Senaling serta guru-guru dan kakitangan lain yang turut bersama menjayakan jamuan ini.




Wednesday 29 July 2015

Video 'teaser' persaraan, biodata dan ucapan Cikgu Siti Zabedah.

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pihak admin telah memuat naik video video 'teaser' persaraan, biodata dan ucapan Cikgu Siti Zabedah di YouTube. Klik pada gambar untuk menonton.





Selamat menonton! 

Tuesday 14 July 2015

Majlis Khatam Al-Quran dan pemberian duit raya SK Senaling


Kuala Pilah, 14hb Julai. Seramai 67 orang murid SK Senaling berjaya khatam Al-Quran disini, hari ini. Majlis khatam yang diketuai oleh Cikgu Idham Faiz berjalan dengan lancar dan teratur. Selain itu, penyampian hadiah pertandingan hafazan, mewarna, mencipta kad raya, kuiz dan bacaan surah pendek disampaikan oleh Guru Besar, Pn Tinah bt Hj Aziz dan GPK HEM, En. Mustapha Kamil.

Selepas selesai majlis khatam, murid dan guru bersalaman dan mengucapkan hari raya setiap orang dimana setiap murid mendapat duit raya dari guru.

Guru Besar, Puan Tinah Bt Hj Aziz berucap sebelum majlis dimulakan

Sesi bersalaman, ucapan selamat hari raya dan pemberian duit raya oleh Cikgu Nadia (kanan sekali) dan cikgu-cikgu lain.

Wednesday 8 July 2015

Sumbangan peralatan ICT daripada Bank Rakyat cawangan Kuala Pilah


Guru Besar SK Senaling, Puan Tinah Binti Hj Aziz menerima sumbangan dari wakil Bank Rakyat Kuala Pilah, En. Noorazri Bin Mohamed Noor.

Kuala Pilah, 8 Julai. Sekolah Kebangsaan Senaling menerima sumbangan berupa barangan ICT daripada Bank Rakyat cawangan Kuala Pilah, semalam. Sumbangan yang disampaikan oleh Pengurus Cawangan, En. Noorazri Bin Mohamed Noor adalah berupa set projektor jenama BenQ dan komputer ThinkCentre jenama Lenovo.


Tuesday 2 June 2015

Video sempena persaraan Cikgu Siti Zabedah





Lagu : OST : Autumn In My Heart
Editing : En. Mohd Izwan Bin Lokman (Juruteknik SK Senaling)
Usahasama : Cikgu Azimah Binti Azrai (Guru ICT SK Senaling)
Terbitan : Unit ICT SK Senaling

Tuesday 5 May 2015

SK Senaling naib johan pertandingan 'Knowledge Spelling' peringkat daerah Kuala Pilah 2015.

Asmaa' dan Cikgu Asmah bergambar bersama trofi dan sijil penyertaan.

Seri Menanti, 5 Mei. SK Senaling berjaya merangkul tempat kedua di dalam pertandingan 'Knowledge Spelling' peringkat daerah Kuala Pilah yang diadakan di SK Tunku Laksmana Nasir, semalam. SKS diwakili oleh Siti Nurasmaa' Diyanah bt Arifin (12 tahun) dan dibimbing oleh Cikgu Nor Asmah sekaligus melayakkan diri ke peringkat negeri pada 30hb Mei 2015 dimana lokasi pertandingan masih belum ditentukan lagi. Tahniah kepada guru dan murid yang terlibat.

Sunday 26 April 2015

Sukan : Pasukan bolasepak terkandas di suku akhir.

Seri Menanti, 20 April - Pasukan SK Senaling (A) menamatkan saingan kejohanan bolasepak bawah 12 tahun peringkat daerah apabila tewas kepada pasukan SK Kepis (Felda). SKS tewas 3-0 dalam penentuan sepakan penalti apabila perlawanan terikat 1-1. Gol pertama dijaringkan oleh Raziq. Tetapi kelekaan pertahanan pasukan menyaksikan pasukan lawan mendapat tendangan penalti di minit akhir perlawanan. Manakala pasukan SK Senaling (B) tidak berjaya layak ke pusingan kalah mati. Tahniah diucapkan kepada jurulatih, pengurus serta pemain yang menunjukkan semangat juang yang tinggi di setiap perlawanan.


Pasukan : SK Senaling B
Pengurus pasukan : En Kamaruddin
Jurulatih pasukan : En Mohd Faizal



Pasukan : SK Senaling A
Pengurus pasukan : En Mohd Idham Faiz
Jurulatih pasukan : En Mohd Izwan