Wednesday 22 February 2017

SEPAK TAKRAW : Pingat perak buat Kuala Pilah!

Cikgu Ariffin (berdiri 3 dari kiri) bersama pasukan takraw Kuala Pilah bwh 12 tahun
OLEH : MOHD IZWAN BIN LOKMAN
22/2/2017  8:32PM


SEREMBAN : Pasukan sepak takraw Kuala Pilah bawah 12 tahun hanya berpuas hati ditempat kedua dalam kejohanan MSSNS yang berlangsung di Paroi, Seremban.

Jurulatih daerah, Cikgu Ariffin yang juga guru di SK Senaling melahirkan rasa gembira walaupun tewas diperlawanan akhir. "Kami bermain dengan baik, tetapi ada beberapa pemain utama kami yang gugup dan tidak menunjukkan prestasi sebenar seperti sebelum ini. Kehangatan bermain di final tekanannya amat berbeza. Tetapi keseluruhannya saya amat berpuas hati dan ini akan menjadikan pengalaman buat pemain-pemain dimasa yang akan datang" katanya.

Pasukan Kuala Pilah menewaskan Tampin 2-1 dan Jempol 2-1 diperingkat kumpulan. Kemudian menewaskan Seremban 2-1 diseparuh akhir dan menamatkan cabaran apabila tewas 1-2 kepada Seremban 2 di final. 2 orang anak senaling bermain dikejohanan ini adalah Mohd Adib dan Mohd Khairul.







Monday 20 February 2017

SEPAK TAKRAW : SENALING RANGKUL GANGSA!


OLEH : MOHD IZWAN BIN LOKMAN
20hb Februari 2017  18:06


SENALING : Pasukan sepak takraw menepati ramalan untuk berada dalam kedudukan 3 terbaik apabila berjaya menduduki tempat ketiga dalam kejohanan bawah 12 tahun sepak takraw MSSD Kuala Pilah tahun 2017 yang berlangsung di SMK Senaling.

Ketua jurulatih baru, Cikgu Kamarudin Bin Che Husin amat gembira dengan semangat yang ditunjukkan oleh setiap pemain serta sokongan yang diberikan oleh guru besar, guru dan ibu bapa mereka. "Apa yang penting adalah semangat, saya menekankan semangat juang yang tinggi tanpa mengenal erti kalah kepada pemain-pemain saya" katanya.

Cikgu Kamarudin yang menggantikan Cikgu Kamal Bashah selaku ketua jurulatih akan meneruskan usaha agar nama SK Senaling terus gah dipersada sepak takraw. Selain itu, 2 orang pemain SK Senaling terpilih untuk mewakili pasukan Kuala Pilah diperingkat negeri nanti.








Thursday 16 February 2017

Gangsa untuk Kuala Pilah!


OLEH MOHD IZWAN LOKMAN
16 FEBRUARI 2017  21:53

SEREMBAN : Pasukan bola tampar lelaki Kuala Pilah berjaya menggondol pingat gangsa pada kejohanan MSSNS Bola Tampar bawah 12 tahun di Seremban semalam. Kategori perempuan terkandas diperingkat kumpulan.

Pengasas SVA, Cikgu Faizal Zakri berkata, "Ini adalah benchmark untuk tahun akan datang..perempuan tidak bernasib baik kerana sama mata ngan naib johan kumpulan tapi ratio nisbah mata tidak memihak untuk melangkah ke separuh akhir.." ulanya.

Namun begitu, seorang pemain perempuan bawah 12 tahun NUR AMIENATUL ALMAS telah terpilih mewakili negeri ke MSSM..satu pencapaian yang membanggakan untuk SK Senaling dan Kuala Pilah.




Wednesday 15 February 2017

UPKK 2016 : 11 orang mendapat 8A!


BY MOHD IZWAN BIN LOKMAN
16 FEBRUARI 2017  11:15

SENALING : Tahniah diucapkan kepada semua murid SKS yang mendapat keputusan cemerlang UPKK 2016. Seramai 11 orang mendapat 8A, 3 orang 7A dan 3 orang 6A. Keputusan mula boleh disemak pada 15hb Feb 2017. Seramai 194,258 calon menduduki peperiksaan itu di 4,469 pusat peperiksaan seluruh negara.

Guru besar SK Senaling, Puan Tinah pula melahirkan rasa gembira dengan keputusan ini. "Alhamdulillah...UPKK 2016, tahniah dan hebat... tahniah kepada yang terlibat dan anak-anak SKS" katanya.

Tuesday 14 February 2017

Video persaraan Sir Sulaiman dimuat turun di laman YouTube!



Senaling Volleyball Academy garang!




Kuala Pilah, 14 Feb. Pasukan bola tampar Senaling Volleyball Academy (SVA) membuat kejutan pada kejohanan bola tampar MSSD Kuala Pilah apabila merangkul johan lelaki dan perempuan. Selain itu naib juara lelaki juga dari pasukan SVA. Lebih menarik, SVA mendapat tempat ke-3 dalam kategori perempuan dimana pasukan B berjaya merangkul tempat itu.

Pengasas SVA, Cikgu Faizal Zakri berkata, ini adalah hasil titik peluh pemain itu sendiri yang komited dan penuh berdisiplin berlatih sejak tahun lalu. Selain itu, beliau mengucapkan ribuan terima kasih juga kepada semua jurulatih dan ibu bapa yang banyak beri sokongan.

Guru besar SK Senaling, Pn. Tinah Bt Aziz pula amat berbesar hati dengan kejayaan ini. "Mereka berlatih tidak kira masa, waktu cuti juga mereka berlatih, semangat ini yang menghasilkan kejayaan seperti ini" katanya.

Cikgu Faizal (barisan depan 6 dari kiri) bersama pasukan lelaki


Thursday 25 February 2016

SUKSES KALI KE-X TAHUN 2016 (SUKANTARA)


Kuala Pilah, 25 Feb. Kejohanan Sukan Sek Keb Senaling membuka tirai dengan sukantara. Sukantara mempertandingkan acara lompat tinggi, lompat jauh dan lontar peluru. Pasukan Hang Jebat mengungguli carta pingat dengan 4 emas, 5 perak dan 4 gangsa. Pungutan pingat akan disambung pada kejohanan besar padang dan balapan yang akan diadakan tidak lama lagi.

Pungutan pingat terkini :

1. Hang Jebat        : 4 emas, 5 perak, 4 gangsa.
2. Hang Lekir       : 4 emas, 1 perak, 1 gangsa.
3. Hang Kasturi    :  3 emas, 3 perak, 3 gangsa.
4. Hang Tuah        :  2 perak, 3 gangsa.