Tuesday 26 August 2014

UPSR dah semakin dekat!!!


Tinggal beberapa hari lagi menjelangnya peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) yang akan berlangsung pada 9 September 2014 ini. Papan tanda menjadi perhatian kepada pelajar Tahun 6 selain mengingatkan kepada semua calon yang bakal menempuh UPSR, agar terus peka dan awasi tarik semakin hampir ini. Papan tanda tajaan Bank Rakyat ini boleh di lihat tertera pada bangunan makmal komputer sekolah.


SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN UPSR 2014
KEPADA MURID-MURID TAHUN 6 SK SENALING
SEMOGA DAPAT BUAT YANG TERBAIK!!
 
 

Saturday 23 August 2014

Pertandingan Chef Sihat Doktor Muda : SK Senaling raih tempat ke-3 dalam acara Explorace

Bergambar sebelum pertandingan

Seremban, 23 Ogos. Pertandingan Chef Sihat Doktor Muda diadakan di Pejabat Kesihatan Rasah, Seremban semalam dimana peserta Explorace SK Senaling mendapat tempat ke-3. Pertandingan peringkat negeri itu berlangsung selama satu hari sahaja. Peserta dalam pertandingan chef sihat pula tidak berjaya memenangi hati hakim untuk menjuarai pertandingan itu. Walaubagaimanapun kami warga SK Senaling tetap berbangga dengan usaha murid dan guru yang terlibat.






Thursday 21 August 2014

Lagu SK Senaling


Lirik lagu SK Senaling

Sekolah Kebangsaan Senaling yang tercinta
Engkaulah sumber harapan. Menuju puncak jaya.

Kau mendidik mengasuhku. Agar jadi insan berguna.
Kepada bangsa juga negara. jasamu tidak terhingga.

Chorus:

Dibidang sukan dan pelajaran. lakukan dengan cemerlang.
Kami berikrar akan berusaha. Dengan sepenuh jiwa raga.

Majulah oh majulah. Serta harum namamu.
Engkaukan tetap dengan selalu. Hidup dalam sanubariku.

Wednesday 20 August 2014

Program Sayangi Warga Emas Puan Zarah di Kg Ulu Senaling

Puan Zarah 

Senaling, 20 Ogos. Seramai lebih kurang 20 orang murid bersama-sama dengan guru dan kakitangan sekolah mengikuti program ini di Kg Ulu Senaling. Guru yang terlibat adalah Cikgu Kamarudin, Cikgu Mustapha Kamil (GPK HEM), Cikgu Fanazariah dan En. Mohd Izwan (Juruteknik SK Senaling).

Tujuan program ini dilaksanakan adalah untuk membantu warga emas dari segi keperluan semampu yang boleh. Disamping itu juga ianya bertujuan untuk memupuk nilai-nilai murni ke dalam diri murid-murid tentang menghormati orang yang lebih tua dan membantu orang yang tidak berkemampuan atau didalam kesusahan. Selain itu juga ia memupuk semangat bekerjasama diantara satu sama lain dengan bersama-sama mengemas dan membersihkan kawasan rumah Puan Zarah.

Pihak sekolah memberikan sumbangan berupa wang tunai dan hamper barangan keperluan harian. Terima kasih diucapkan kepada guru dan kakitangan yang telah bersama-sama menjayakan program ini. Semoga program ini akan dapat diteruskan pada masa akan datang. Berikut sedikit gambar program yang sempat dirakam.






















Tuesday 19 August 2014

Video SK Senaling


TERBARU!! (updated 30.7.2015)

Biodata dan sorotan perkhidmatan Cikgu Siti sebelum bersara.


Video 'teaser' dan ucapan dari rakan seperjuangan.


Pertandingan School's Got Talent 2010
SK Senaling menduduki tempat ke-5 dr 30 buah sekolah yang bertanding.




Majlis persaraan Cikgu Zabariah




Majlis persaraaan Pn Noriah


Pn. Salmah, lagenda SK Senaling

Saturday 16 August 2014

Thursday 14 August 2014

Pertandingan Tilawah Al-Quran ISWAHYU 2014 : SK Senaling rangkul johan dan naib johan!

 Kuala Pilah, 13 Ogos. SK Senaling menjadi johan pertandingan tilawah-al-quran bagi kategori perempuan tahap 1 dan tahap 2 manakala naib johan bagi kategori tahap 1 lelaki.

Program Ihtifal Semaian Wahyu (ISWAHYU) itu diadakan di SK Nuri pada 13hb Ogos 2014. Program tersebut adalah program j-Qaf, KAP dan Sara peringkat daerah.

Tahniah diucapkan kepada semua pemenang!

Nur Izzati Bt Zaman, Johan Tilawah Al-Quran tahap 1 Perempuan





Ahmad Adib Bin Sahid, Naib Johan Tilawah Al-Quran tahap 1 Lelaki
Nurin Irdina Bt Zahari, Johan Tilawah Al-Quran tahap 2 Perempuan

Pasukan bola jaring SK Senaling (A) Juara!

Juara, pasukan SK Senaling A (jersi merah jambu) dalam sesi foto bersama
                       YB Dato Hj Ismail Bin Lasim DUN Senaling

Kuala Pilah, 14 Ogos. Pasukan bola jaring Pra Sekolah SK Senaling (A) merangkul kejuaraan dalam kejohanan Sukan PraSekolah Kuala Pilah 2014 anjuran PPD Kuala Pilah di Kompleks Belia Rakan Muda Kuala Pilah hari ini. Pasukan SKS(A) menewaskan rakan sendiri iaitu pasukan SKS(B) di final.

Pasukan bola jaring SK Senaling adalah salah sebuah pasukan yang digeruni pihak lawan sejak dari dulu lagi. Kejohanan bawah 12 tahun juga banyak digondol oleh pasukan dari SK Senaling.

Tahniah diucapkan kepada jurulatih, Cikgu Azida Aripin, Cikgu Norsiah dan Ustazah Nora.
Senaman pemanas badan oleh Cikgu Sulaiman, GPK Koko SK Senaling


Pemain sedang beraksi.


Sunday 10 August 2014

Kata aluan Guru Besar Pn. Tinah Binti Haji Aziz



Assalammualaikum & Salam Sejahtera,

Alhamdulillah segala puji bagi Allah SWT kerana dengan izin-Nya dapat saya memberi sepatah dua kata di dalam ruangan Blog Rasmi Sekolah ini. Terlebih dahulu saya ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada jawatankuasa ICT kerana telah berjaya membina  Blog Rasmi Sekolah untuk SK Senaling.

 Selaras dengan perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi, laman Blog Rasmi Sekolah ini dirasakan tepat pada masanya. Ianya juga diharapkan dapat memberi pendedahan tentang pentingnya menguasai bidang Teknologi Maklumat & Komunikasi dalam Era Globalisasi kepada semua warga sekolah.

Selain pendedahan tersebut, diharapkan laman ini juga dapat mempertingkatkan kualiti pengurusan dan pendidikan supaya lebih cekap dan mantap serta memberi kemudahan kepada pihak luar khususnya kepada ibu bapa plajar untuk mengikuti perkembangan anak-anak mereka secara dalam talian.

Sebelum saya mengakhiri kata-kata ini, sekali lagi saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam pembangunan laman Blog Rasmi Sekolah SK Senaling ini.

Sekian, terima kasih.



TINAH BT HJ AZIZ
SK SENALING
KUALA PILAH, N.SEMBILAN

Wednesday 6 August 2014

Sejarah SK Senaling


Sekolah Kebangsaan Senaling adalah sebuah sekolah yang terletak 5km dari pekan Kuala Pilah dan lebih kurang 1km dari pekan Senaling. Mengikut kata orang tua-tua ‘Senaling’ mendapat nama dari sejenis pokok buluh iaitu buluh sembeling. Sekolah ini telah dibina pada tahun 1908. Semasa itu bangunan sekolah dibuat daripada papan dan beratapkan rumbia. Sekolah ini tidak mempunyai keperluan asas. Murid-muridnya pula terdiri daripada anak-anak kampung berhampiran .Mereka hanya berjalan kaki sahaja ke sekolah.
Selepas merdeka , bangunan lama ditukar kepada bangunan separuh batu dan beratap zink bagi menggantikan bangunan lama yang telah uzur. Pada tahun 1968 pula atap zing bangunan ditukar pula kepada atap ardek. Tahun demi tahun bilangan murid-murid di sekolah ini semakin bertambah. Ini disebabkan oleh banyak projek perumahan didirikan di sekitar kawasan Senaling. Maka pada tahun 1994, bangunan baru empat tingkat dibina dan mula digunakan pada tahun 1996. Bangunan baru ini menempatkan bilik-bilik darjah, pejabat, pusat sumber dan tandas. Pada masa itu terdapat 33 orang kakitangan akademik dan 5 orang kakitangan bukan akademiki .Murid-muridnya pula seramai 457 orang. Sesi persekolahan bermula pukul 7.45 pagi dan berakhir pada 1.05 tengahari. Guru Besar pertama berkhidmat di sekolah ini ialah En.Musa bin Ali. Tolong-menolong, saling bekerjasama dan hubungan yang rapat diantara ibu bapa dan guru-guru menjadikan Sekolah Kebangsaan Senaling sekolah yang cemerlang dalam semua bidang dan telah melahirkan ramai cerdik pandai.