Sunday, 26 April 2015

Sukan : Pasukan bolasepak terkandas di suku akhir.

Seri Menanti, 20 April - Pasukan SK Senaling (A) menamatkan saingan kejohanan bolasepak bawah 12 tahun peringkat daerah apabila tewas kepada pasukan SK Kepis (Felda). SKS tewas 3-0 dalam penentuan sepakan penalti apabila perlawanan terikat 1-1. Gol pertama dijaringkan oleh Raziq. Tetapi kelekaan pertahanan pasukan menyaksikan pasukan lawan mendapat tendangan penalti di minit akhir perlawanan. Manakala pasukan SK Senaling (B) tidak berjaya layak ke pusingan kalah mati. Tahniah diucapkan kepada jurulatih, pengurus serta pemain yang menunjukkan semangat juang yang tinggi di setiap perlawanan.


Pasukan : SK Senaling B
Pengurus pasukan : En Kamaruddin
Jurulatih pasukan : En Mohd Faizal



Pasukan : SK Senaling A
Pengurus pasukan : En Mohd Idham Faiz
Jurulatih pasukan : En Mohd Izwan

Wednesday, 22 October 2014

Sukan : Hang Kasturi unggul mempertahankan gelaran!

Juara keseluruhan, Hang Kasturi

Kuala Pilah, 19 Okt. Kontijen Hang Kasturi terus unggul mempertahankan gelaran sebagai juara rumah sukan yang diadakan di SSNS Zaaba. Tempat kedua dimenangi oleh rumah Hang Tuah, ketiga rumah Hang Jebat dan keempat rumah Hang Lekir.

Para atlet telah menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi dimana setiap atlet memberikan saingan yang hebat sepanjang kejohanan dan berjaya memecahkan beberapa rekod kejohanan seperti lompat tinggi dan lain - lain acara.

Kejohanan tersebut telah dirasmikan oleh bekas Yang Dipertua PIBG Sekolah Kebangsaan Senaling, , En Hanafi Bin Sulaiman. Terima kasih juga atas sumbangan yang diberikan oleh En. Hanafi dan YB Dato' Haji Ismail Bin Lasim, ADUN Senaling.

Berikut foto yang sempat dirakam sepanjang kejohanan :















Tuesday, 14 October 2014

Sukan : Biru dan merah berkongsi pungutan emas





Senaling 15 Okt, Pasukan merah dan biru berkongsi kiraan pungutan emas setelah selesai acara lompat tinggi, lompat jauh dan lontar peluru. Walaubagaimanapun, pasukan rumah biru mengungguli carta pungutan pingat dengan 4 emas, 5 perak dan 5 gangsa diikuti rumah merah dengan 4 emas, 3 perak, 1 gangsa, rumah hijau ketiga dengan 3 emas, 2 perak dan 3 gangsa. Ditempat keempat rumah kuning dengan 1 emas, 2 perak dan 3 gangsa.

Semua pasukan boleh menambah pingat dalam acara balapan yang akan dilangsungkan pada 19 Oktober 2014 pada hari ahad. Berikut gambar yang sempat dirakam semasa acara padang dijalankan.











Sukan : Hazim pecah rekod kejohanan!

Muhammad Hazim
Senaling 15 Okt, Muhammad Hazim berjaya memecahkan rekod kejohanan dalam acara lompat tinggi kelas 3 lelaki kelmarin. Rekod sebelum ini dipegang oleh Divakaran dengan ketinggian 1.27 meter.

Hazim berjaya memecahkan rekod Divakaran dengan ketinggian 1.30 meter sekaligus memenangi pingat emas dalam acara tersebut. Selain itu pingat perak dimenangi oleh Muqris dari rumah hijau dan Aiman Adam dari rumah biru.

Wednesday, 24 September 2014

Latihan Kebakaran SK Senaling

Penerangan tentang kebakaran oleh pegawai bomba Kuala Pilah, En Hassan

Senaling, 25 Sept. Satu latihan kebakaran diadakan disekolah ini pada jam 9 pagi. Murid diajar untuk bertindak yang sewajarnya sekiranya berlaku kebakaran atau kecemasan di sekolah. Murid perlu mengikut pelan laluan kebakaran seperti yang tertera disetiap bangunan sekolah.

Terima kasih diucapkan kepada anggota bomba Kuala Pilah kerana memberi kerjasama yang amat baik dalam melaksanakan aktiviti kebakaran ini.

Berikut foto yang sempat dirakam ;










Majlis Sambutan Hari Susu Sekolah Sedunia 1Malaysia Peringkat Kebangsaan 2014

Cikgu Faizal dan Cikgu Aiza mengagihkan susu kepada murid

Senaling, 24 Sept. Sambutan majlis hari susu sedunia peringkat kebangsaan ini dilakukan secara serentak pada jam 10.30 pagi. Murid-murid tahap 1 dan 2 beratur di kantin sekolah bermula jam 10.15 pagi lagi untuk mendengar taklimat dari Cikgu Faizal Zakri.

Cikgu Faizal menerangkan murid-murid cara untuk minum susu kotak diantaranya baca doa, goncang dahulu sebelum minum, rasa sedikit dahulu untuk memastikan susu tersebut masih elok untuk diminum. 

Dibawah adalah antara foto yang sempat dirakam ;